Welcome to IKAZETRISYA'S Official Blog . Feel free to browse and read my posts . Cheer Up !

yang tersurat dan tersirat


Blog. satu satu daripada "social sites" yang aku ade and jarang - jarang aku update. kalau aku update, theres must be something yang aku nak bagitau yang aku rasa dah tak tahan, menyampah, tak kuasa nak simpan, and kalau cerita pon orang fade up nak dengar. so blog jadi mangsa sebab aku tau blog tak boleh bersuara and tempat ni mampu tahan and tadah jer ape aku nak tulis. kalau blog ni ade suara, confirm-confirm aku dah kena maki. hahaha!

so ok, this is about LOVE. sekali lagi aku ingatkan post ni pasal LOVE. so mana yang menyampah nak bace stok-stok orang pos pasal LOVE ni, dah boleh close page ni and pegi bukak or baca bende lain yang korang suka. amaran sekeras kerasnya. tapi kalau korang jenis keras hati nak baca jugak, lantaklah. 

kadang-kadang dalam hidup kita ni, tak semuanya yang kita nak kita boleh dapat perfect. mcm love. tak semua perfect. itu pon nasib nasib lah kalau ade. aku tak kate takde yang perfect. cuma NASIB. nanti ade pulak yang aku aku memandai pulak. biasa lah mulut orang. lain yang kita tulis, kita cakap, nanti lain yang dia dengar, lain yang dia sampai. kan?

dh boleh start kot rasanya story ni. 

2013.
Aku 'bercinta' dengan sorang makhluk yang aku sendiri tak pasti asal usul dia. asal usul tu lain punya cerita. well, mula-mula bercinta. semua indah. yang buruk nampak cantik, yang jahat nampak baik. bila dah lama-lama, yang cantik pon nampak buruk, yang baik pon nampak jahat. aku tau dalam masa yang sama aku 'bercinta' dengan makhluk ni, ada yang perhatikan aku dgn dia. aku tau orang tu. abang aku. mana ada abang tak sayang adik? jahat mcm mana pon abang tu, sikit tu mesti ade rasa nak jaga or sayang adik dia. walaupun 1%.

dalam masaaku bercinta dengan dia, mungkin ada sesuatau pada makhluk ni yang buat abang aku tak suka, or latar belakang dia yang membahayakan yang mungkin aku tak diberitahu. aku diamkan. tapi tu lah, kalau kata Allah tu nak tunjuk, satu hari akan terbukak jugak. satu persatu perangai dia aku nampak. bukan setakat aku, tapi orang-orang yang dekat / rapat dengan aku pon. cakap putar belit, tu biasa dah. and tak bole blah, suka nak naik tangan. sekatat kena tumbuk. dah rasa. ke balai jugak lah. tapi tu masa out last meet, bila aku kata aku dah taknakkat dia, and aku dah takde pape rasa kat dia.

kenapa aku boleh takde rasa? sebab aku dah ada orang lain? mungkin ye. mungkin jugak tak. entahlah.

bila orang nak protect kita. apapun dia sanggup nak buat. masa aku "diambang-ambang" nak putus dengan makhluk tu masa tu. muncul sorang mamat yang entah dari mana aku tak tau. well, fb kan. mula-mula start like-like, lepas tu comment, IM, and then ke personal contact which is by phone. memang dia rajin melayan aku. bbm, whatsapp mmg tak lekang masa tu. maybe tu buat aku sikit-sikit makin fade up dengan bf aku masa tu. ibarat orang baru nak bercinta. mmg indahla. and yes, mmg tu buat aku makin nyampah kat bf aku masa tu and buat aku makin tak layan dia. 

back to that guy yg muncul tiba-tiba. makin kenal, makin rapat, selalu jumpa. masa dia dengan aku, yes dia single. sampai 1 hari dia bgtau kat aku yang mmg dia ada hati ngan aku. tapi. ada tapi.. tapi dia tak boleh nak teruskan dengan aku sebab dia dengan aku adalah atas urusan kerja.

URUSAN KERJA? DENGAN AKU? KERJA APA?!

yes. dia sebenarnya orang abang aku yang abang aku hantar untuk buat aku jatuh hati kat dia. kerja dia untuk jauhkan aku dengan bf aku masa tu atas sebab-sebab tertentu. and he did. plan dia and abang aku BERJAYA. well done abang.

tapi kenapa dia tak boleh nak teruskan dengan aku? tu benda yang asyik aku fikir. aku tanya, terus tanya sampailah mamat ni sendiri bagitau aku dengan rela. sebelum abang aku nak bayar dia untuk kerja ni (yes dia dibayar dengan puluhan ribu. wtf? bagi aku lagi bagus. nvm) back to the story, abang aku awal-awal dah warning dia supaya dia just buat kerja, and tak melibatkan apa-apa perasaan. tapi kita ni, hati manusia. halus. bukan robot ciptaan manusia yang boleh kita programkan. macam tu jugak dengan hati aku and dia.

lebih daripada setengah daripada duit yang aku bayar, dia pulangkan. sebab dia tak sanggup nak teruskan. sebab dia dah start ada 'the real felling' untuk aku. dia tak sanggup untuk tu. siapa tak marah kalau buat kerja separuh jalan? memang lepastu economy dia, apa yang dia ada memang jatuh teruk. semuanya berpunca daripada benda ni. aku mmg tak daya nak buat apa. aku cuma boleh dengar. aku sendiri pon tak berani dengan abang aku.

bila hati dah sayang. susah nak lupa. dan disebabkan dia mmg tak boleh nak teruskan dengan aku, dalam masa yang sama dia ada kenal dengan sorang perempuan. dia pun teruskan dengan permpuan tu. tapi dalam masa yang sama dia cakap yang dia tak boleh nak sayang perempuan tu mcm dia sayang aku. perasaan tu tak sama. tapi disebabkan dia bukan jenis lelaki yang bercinta sampai 2-3 orang sekali gus. dia teruskan dgn perempuan tu, sampailah perempuan tu tinggalkan dia. and dia putus pon bukan sebab dia nak pilih aku. tapi dalam masa yang sama. dia happy sebab dia dah back to single.

2014.
kiteorg makin rapat. and dia dah makin keras hati dengan ape yg abang aku cakap. biarla abang aku nak marah ke apa. dia tak peduli. hati dia, hidup dia, kisah kiteorang. aku teruskan dengan dia. but still as a good friend. tak couple pon lagi. hari-hari kiteorg mcm biasa. rapat mcm mula2 kenal dulu.

tapi. ada tapi lagi. tengah2 lepak, tiba-tiba dia bagi tau dia dah ada GF. i was like.. WTF?! SIAPA?! and dia bagitau nama perempuan tu. yes. BUKAN AKU. mmg.. tahniah la aku cakap. aku dah malas nak berharap. tapi tak lama lepastu, beberapa minggu je. dia putus. tiba2 dia kata tu bukan gf dia pon. saje je cakap. mungkin ye. mungkin tak. aku ye kan je. maybe ade peluang lagi. tapi aku tak berharap. malas. fade up.

since dari tu mmg dia single sampai sekarang. mmg dia ada text aku, setakat nak panggil sayang tu, banyak kali dah. tapi aku tak layankan sangat. mana aku rasa nak reply, aku reply. aku ada cakap kat dia. THIS GONNA BE YOUR LAST CHANCE. dia pon setuju. and now dia tengah rapat dengan sorang perempuan. aku diamkan. i'll just go with his flow. entah macam mana semalam, 23/4/2014. aku TER stalk account dia.

WAHHHH! buakn main sakan rupanya bercinta dengan org lain kat dalam tu. WTF? masa lepas 2hari putus cinta, dah couple dengan org lain rupanya? nice game. lagi lah buat aku malas nak berharap. baik aku layan mana yang ada. and dia, aku anggap mcm org biasa bagi aku. and serentak dengan tu, aku teringat apa abang aku penah cakap kat aku.

"abang bayar dia sbb abang tau dia boleh buat kerja. ikut suka lah lah kalau nak teruskan dengan dia. abang tak marah, cuma nak bagi yang terbaik. tapi ingat abang cakap. kalau tiba-tiba ika sakit hati. ingat balik apa motif dia dengan ika dulu. motif dia kerja. fake love."

satu2 game dia aku dah nampak. pandai-pandailah nak hadap. but aku, macam biasa. aku diamkan dari dia. kalau betul dia untuk aku, tak kemana. pegi lah jauh mana pun, lari lah dengan siapa pun kalau dia untuk aku, tetap akan untuk aku. aku tak payah risau semua tu. let's see how its end.

p/s: lagu-lagu yang aku letak kali ni semuanya lagu-lagu yang dia pernah bagi kat aku. amik mood nak update lah katakan. hahaha!

MyHotComments.com